Cerita Kisah: Pengungkapan Ganjil Si Penggali Kubur Melihat Azab Orang yang Sudah Meninggal

Ada seorang pemuda yang pekerjaannya menggali kubur dan mencuri kain kafan jenazah untuk dijual.

Suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah dan ia ingin berhenti dari tabiatnya dan ingin bertaubat kepada Allah SWT. Lantas ia berkata kepada ahli ibadah itu.


Sambung pemuda itu lagi; "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahat.

Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, aku melihat wajah mereka telah berubah menjadi buruk. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut; "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan salat sewaktu hidupnya.

Sesungguhnya salat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika salatnya sempurna, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."

Pemuda itu menyambung lagi: "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa saja.

Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu".

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
Loading...

    Loading...