Bagi siapa saja yang mengkehendaki wajahnya cantik nan berseri maka bacalah surah Yusuf Ayat 4 (selepas solat fardhu)
Berikut surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 di bawah ini.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca surah Thaahaa ayat 39.
“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”
Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.:
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian basuhkan ke muka wajah.
Amalan ini juga bisa digunakan untuk mendatangkan jodoh.
Perlu diketahui juga:
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca hingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Setiap bertemu atau berjumpa dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, cukup di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua ayat tersebut setiap selesai solat sebanyak 3 kali
Silahkan diamalkan dengan sungguh-sungguh karna Allah dan semoga bermanfaat... Aamiin
Loading...